Thursday, May 7, 2009

Sumbangan Kapitan Cina Ranau dalam Pembangunan Pendidikan

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SJK(C) PAI WEN















Sekolah Cina ditubuhkan atas kesedaran perlunya pendidikan di kalangan orang-orang Cina oleh mendiang Encik Chong Tai Kong, Kapitan Cina Ranau (1946-1986). Satu AJK untuk mewujudkan sebuah sekolah Cina dibentuk. Beliau telah memohon tanah dari kerajaan untuk menjadi tapak sekolah (rujuk pelan lokasi tapak sekolah). Perbelanjaan pembinaan bangunan sekolah adalah hasil derma dari orang-orang Cina setempat. Atas kerjasama dan usaha dari masyarakat Cina setempat, sekolah Cina di Ranau telah didirikan pada tahun 1950 dan dinamakan Sekolah Rendah Hwa Chiaw.













Bilangan muridnya hanyalah dalam lingkungan 10 orang apabila sekolah ini mula beroperasi dengan seorang guru besar merangkap guru yang mengajar. Beliau ialah mendiang Encik Lim Xi Ming yang kemudiannya diganti oleh mendiang Encik Lim Chu Keng, Kapitan Cina Ranau (1986-2000). Penggajian mereka pada masa itu datang dari hasil pungutan derma masyarakat Cina setempat.















Sejak tahun 1956, polisi pelajaran telah mendapat satu hala yang lebih jelas. Dasar galakan dari kerajaan telah merangsang pertambahan kemasukan anak-anak ke sekolah. Sehingga Jun 1965, bilangan murid mencecah hingga 70 orang. Pada 1964, mendiang Encik Lim Choo Keng yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah pada ketika itu menyedari perlunya mencari tapak baru bagi sekolah kerana bangunan sekolah yang sedia ada tidak lagi mampu menampung murid yang semakin bertambah. Kebetulan pula kerajaan Negeri ingin bertukar tapak sekolah ini dengan tapak yang baru.















Pada tahun 1965, pembinaan sekolah baru iaitu tapak yang digunakan hingga sekarang telah siap dibina dengan satu blok bangunan baru yang mempunyai 4 buah bilik darjah, 1 bilik guru dan 1 bilik guru besar. Perpindahan ke sekolah baru ini juga membuka satu era baru kerana nama sekolah ini telah diganti kepada Sekolah Rendah Pai Wen.


selanjutnya...layari laman sumber


Sumber: Puan Lee Lay Keow & Rose Foo http://sjkpaiwen.zoom-a.com/sejarah.html